Binance
Douglas Jau

Douglas Jau

Douglas Jau ialah seorang penterjemah profesional Bahasa Melayu yang berpengalaman. Beliau berkerjaya sebagai seorang penterjemah bebas yang aktif pada platform pekerja bebas utama dunia iaitu Upwork.com.

Douglas Jau ialah seorang penterjemah profesional Bahasa Melayu yang berpengalaman. Beliau berkerjaya sebagai seorang penterjemah bebas yang aktif pada platform pekerja bebas utama dunia iaitu Upwork.com. Douglas telah melibatkan diri dengan lebih daripada 60 projek terjemahan dalam Bahasa Melayu yang telah membuktikan kebolehan bahasanya yang tiada perbandingan. Dalam hanya masa tiga tahun dengan platform tersebut, beliau berjaya menjadi seorang penterjemah bebas yang telah dianugerahkan dengan taraf “Top Rated” dan “100% Job Success Rate”. Ini menempatkan beliau antara 10% pekerja bebas teratas antara jutaan pengguna platform itu.

Projek terjemahan beliau telah dinilai 5 daripada 5 bintang daripada para pelanggan kerana beliau menyediakan perkhidmatan perterjemahan yang berkualiti tinggi, tepat dan menepati kehendak pelanggan. Ini menjadikan beliau menjadi pilihan yang tepat untuk pelanggan yang mencari-cari perkhidmatan penterjemahan terbaik untuk melariskan perkhidmatan atau produk dalam talian untuk pelanggannya. Salah satu daripada pengkhususan terjemahannya adalah dalam bidang teknologi maklumat dengan pengalaman dalam penterjemahan untuk pelbagai laman web teknologi maklumat, perisian komputer, aplikasi telefon pintar dan platform dalam talian. Pelanggan-pelanggan beliau datang dari pelbagai negara, latar belakang dan saiz syarikat. Antara pelanggan beliau termasuklah syarikat permainan dalam talian, pelbagai aplikasi iOS, platform crowdsourcing kecerdasan buatan dan banyak lagi.

Kelebihan perkhidmatan penterjemahan yang dimiliki oleh Douglas ialah terjemahan yang disasarkan. Ini bermaksud, gaya pembahasaan, struktur ayat dan pemilihan perkataan bergantung kepada demografik pembaca yang ingin disasarkan oleh pelanggan. Ini membuatkan para pembaca yang disasarkan lebih tertarik untuk menggunakan perkhidmatan atau membeli produk yang ditawarkan. Oleh sebab itu, pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Douglas sebagai penterjemah memberi ulasan terbaik untuk perkhidmatannya.

Douglas turut menyediakan penterjemahan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris selain daripada pasangan penterjemahan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang dipelajarinya sejak kecil lagi di samping Bahasa Melayu. Ini memberikan dia kelebihan untuk mendapatkan pelanggan dari luar negara yang ingin menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan atau produk mereka supaya menjadi lebih menarik untuk penutur Bahasa Melayu di Malaysia dan juga Singapura.

Douglas juga seorang yang mahir berbahasa asing. Selain daripada bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Douglas turut mahir berbahasa Sepanyol. Jika tidak bekerja, Douglas gemar menghabiskan masa lapangnya untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu kerana minatnya yang amat mendalam. Beliau adalah seorang pendukung penggunaan Bahasa Melayu baku yang tepat dan betul. Pada pendapat beliau, penggunaan Bahasa Melayu baku semakin merosot akibat penggunaan bahasa pasar yang semakin berleluasa di media sosial, saluran video strim dalam talian dan rancangan-rancangan televisyen swasta yang melekakan.

Douglas sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan daripada para pelanggan yang ingin mengetahui lebih mengenai perkhidmatannya. Perkhidmatan penterjemahan yang ditawarkan ialah 100% dalam talian, tetapi beliau juga boleh dihubungi melalui telefon atau panggilan video. Ketersediaan beliau bergantung kepada beban kerja yang ada. Profil Upwork beliau boleh didapati di sini untuk keterangan lebih lanjut: Douglas Jau